Monday, September 07, 2009

Kehadiran Bukan Muslim Ke Masjid

Isu yang agak hangat diperkatakan oleh Jemaah Islam dikawasan Bandar Sri Damansara tentang kehadiran YB ADUN Bukit Lanjan, YB Elibeth Wong ke Masjid sebagai lawatan kerja beliau dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin dan berbuka puasa bersama.

Ada yang berpendapat haram orang kafir menghadiri masjid apatah lagi diraikan dan bersama menjamu selera semasa berbuka. Sementara ada yang berpendapat boleh dan tidak menjadi satu kesalahan. Lalu pelbagai suara yang didengari dan ada yang sangat tidak enak untuk didengari terutamanya dari mereka yang mengharamkan kehadiran bukan Islam ke Masjid.

Untuk pengetahuan umum Ulamak-ulamak Besar yakni Imam Besar Empat (Shafie, Ahmad, Malik dan Hanafi rh) dan ulamak-ulamak yang sezaman dengan mereka telah lama berbincang akan hal ini dan keputusan mengenainya telah pun dibuat dan telah dipatuhi sekian lama.

Pandangan Imam Shafie rh mengenai hal ini adalah seperti berikut dan saya mengambil pandangan Imam Syafie rh adalah kerana kita di Malaysia mengikuti dan perpegang kepada Mazhab Shafie ini. Ilmu agama yang kita terima dari guru kita adalah juga berpegang kepada pendapat dan pandangan Mazhab ini. Imam Shafie perpendapat:


Harus orang-orang yang bukan muslim memasuki masjid dengan keizinan orang-orang muslim melainkan masjid al-Haram dan semua masjid yang berada di tanah al-Haram. Ini adalah pandangan para ulama dalam mazhab al-Syafie (Sila lihat Raudhah al-Tolibin 1/296). Ia juga merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad, dan sebahagian ulama mazhab Hambali menyatakan inilah pandangan mazhab Hambali.

Said ibn Musayyin berkata:

Maksudnya:
“Abu Sufyan pernah memasuki masjid al-Madinah ketika ia masih seorang musyrik, demikian juga ‘Umair bin Wahb pernah memasuki masjid untuk membunuh Nabi S.A.W. yang berada di dalamnya, kemudian Allah menghidayahkan dia dengan Islam. (Sila lihat al-Mughniy oleh Ibn Qudamah).

Dengan pendapat Imam Syafie rh ini maka persoalan mengenai boleh atau tidak boleh seorang yang bukan Muslim hadir di Masjid telah terjawab dengan jelas lagi terang.

Cuma pengajaran yang boleh dipetik dari polimik penentangan akan kehadiran seorang bukan Muslim ke Masjid oleh ahli jemaah tertentu dapat dirumuskan seperti berikut:
  1. Bahwa sebahagian orang-orang Melayu Islam walaupun berpelajaran tinggi masih berfahaman yang sangat terbatas dalam memahami Islam sebagai agama kepada semua umat manusia.
  2. Sebahagian kita masih tidak dapat memahami konsep dakwah atau menyampaikan mesej Islam kepada semua manusia.
  3. Sebahagian dari orang Islam masih kuat berburuk sangka kepada orang bukan Islam walaupun mereka telah hidup sekian lama dikalangan kita.
Begitulah kiranya kalau kita lihat perkembangan Islam di Malaysia amat perlahan malah lebih tinggi kadar mereka yang keluar meninggalkan Islam. Semenjak Merdeka hingga hari ini sepatutnya 90 peratus sudah rakyatnya beragama Islam.

Memang hidayah datang dari Allah swt. Tetapi untuk membolehkan hidayah itu hadir maka jalan-jalan untuk kehadiran hidayah mesti terlebih dahulu diterokai. Dakwah mesti disampaikan terus kepada terutama bukan Islam apatah lagi yang bukan Islam itu Pemimpin masyarakat.  Mereka mesti diperlihatkan kebaikan Islam dan orangnya terutama dalam hal amanah, berpegang pada janji, bersabar, berbaiksangka, menghormati tetamu, adil, saling hormat menghormati dan segala sifat-sifat yang baik yang diajarkan oleh Al Quran melalui Rasullallah saw kepada kita.

Sekali kali kita tidak boleh lihat setiap orang bukan Islam sebagai musuh secara umum begitu. Musuh adalah mereka yang kafir dan Muslim sendiri yang munafiq yang menjadikan orang yang beriman sebagai musuh mereka. Selagi mana mereka tidak memusuhi Islam selagi itulah kita tidak berhak memusuhi mereka apatah lagi bagi mereka yang telah sedia ada perjanjian atau kontrak sosial dengan orang-orang Islam.

Mereka mahu bersama didalam majlis kita tidak menjadi masaalah dan harus digalakkan sekiranya kehadiran mereka tidak sedikit pun mencemar kesucian Islam itu sendiri apatah lagi jika mereka dapat menyaksikan sendiri keindahan Islam itu dengan mata dan akal mereka sendiri.

Islam datang kepada umat manusia bukan kepada bangsa Melayu, Arab, Cina, Inggeris atau apa bangsa sekalipun. Mengambil Islam sebagai hak orang Melayu adalah suatu pandangan yang salah dan sangat sempit. Kekafiran orang-orang bukan Islam adalah kerana kejahilan mereka dan ajaran Islam tidak sampai kepada mereka atau sampai dalam bentuk yang negatif.

Ini lah jihad besar setiap umat Islam di Malaysia hari ini untuk berjuang membuka setiap ruang-ruang yang ada kepada menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Tembok halangan hasil dari pemikiran yang sempit harus dirobohkan dan dengan bulatkan tekad dan niat hanya kerana Allah swt terus mara menyampaikan mesej-mesej Islam dari setiap sudut, ruang dan peluang yang ada.

 























Thursday, September 03, 2009

Kisah Seorang Ibu

oleh Mira Kania Dewi Kamis, 27/08/2009 14:17 WIB

Seorang wanita muda sedang mengandung anak kedua. Kehamilannya belum mencapai usia tujuh bulan. Suatu hari, wanita yang tengah hamil ini mencuci tiga stel pakaian ABRI milik suaminya dengan tangannya sendiri sambil duduk berjongkok. Keesokan harinya, rasa sakit yang sangat di bagian perutnya dialami sang ibu dan rasa sakit itu terus berlangsung selama tiga malam hingga akhirnya lahirlah seorang bayi perempuan dalam keadaan belum cukup bulan (pre-mature).

“Pak-Bu harus siap ya, bayinya kecil sekali (1,5 kg) sewaktu-waktu bisa meninggal dunia” itulah kurang lebih ucapan dokter di rumah sakit kepada kedua orang tua bayi itu, di sebuah kota kecil Cimahi, Jawa Barat.

Sebulan lamanya bayi prematur itu harus tidur dalam incubator (kotak kaca) dan tidur terpisah dari ibunya. Namun kondisi demikian tidaklah mengurangi kasih sayang sang ibu bahkan sifat keibuannya semakin meraja. Dengan setia, sebulan lamanya sang ibu menemani bayinya dengan hati yang penuh do’a dan asa……..harapan dan keyakinan yang sangat kuat akan kebesaran Illahi Rabbi dalam mempertahankan perjuangan hidup seorang anak manusia.

Bayi yang bertubuh sangat mungil ini mengalami penurunan berat badan menjadi 1,3 kg. Kesulitan menyusu menjadi kendala dalam pertumbuhan bayi prematur. Setiap kali disusui, bayi itu tersedak sehingga wajahnya menjadi kebiruan. Sungguh…..kepanikan yang luar biasa dialami wanita itu.

Suatu ketika wabah diare menyerang sepuluh bayi di rumah sakit tempat bayi prematur itu dilahirkan. Dari sepuluh bayi, hanya dua orang bayi yang bertahan dalam keadaan sehat wal’afiat satu di antaranya adalah bayi mungil dari ibu muda nan cantik tadi. Rupanya kebiasaan sang ibu selalu hidup rapi dan bersih menjadi kuncinya. Dia selalu mencuci dan merebus sendiri baju-baju bayi prematurnya. Dia wanita yang kuat dan tegar, tak ada kata lelah dan bermanja-manja sehabis melahirkan.

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (QS Al-Insyiraah : 5-6)

Mencoba dan mencoba lagi, berusaha dan terus berikhtiar….itulah yang dilakukan wanita itu. Sampai suatu ketika ia melakukan pemberian ASI (Air Susu Ibu) dengan menggunakan pipet tetes. Setetes demi setetes ASI dalam pipet mengalir dan menyambung kehidupan bayi mungil itu. Sungguh tak terbayangkan betapa luasnya samudera kesabaran, pengorbanan dan keikhlasan yang terpancar dari dalam diri wanita nan mulia itu. Bayi prematur itu perlahan-lahan tumbuh dan dapat menyamai berat bayi-bayi yang lahir normal dalam waktu tiga bulan. Subhanalloh…..

Bayi mungil itu kini telah menginjak usia 38 tahun dan telah menjadi seorang ibu dengan tiga orang anak. Bayi itu adalah aku…..

Perjuangan aku membesarkan anak-anakku tak ada nilainya dibanding perjuangan ibu membesarkan aku. Perjuangan dan pengorbanannya sungguh luar biasa dalam kondisi kedokteran yang pada saat itu masih sangat sederhana dan belum sehebat ataupun secanggih kedokteran masa kini. Ibuku seorang wanita yang hebat, kuat dan tegar. Banyak sekali ilmu dan teladan yang selalu beliau contohkan kepadaku, kepada kami anak-anaknya, dan kepada cucu-cucunya.

Abu Hurairah Radhiallu ‘anh berkata : Seorang lelaki datang menemui Rasulullah Saw dan bertanya,” Ya Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat pelayananku dengan sebaik-baiknya?” Nabi Saw menjawab, “Ibumu”. Dia bertanya lagi : “Kemudian siapa lagi?” Rasulullah menjawab, “ Ibumu.” Dia bertanya lagi,” Kemudian siapa?” Nabi Saw menjawab;” Ibumu.” Dia bertanya lagi,” Kemudian siapa lagi?” Nabi Saw menjawab,” Ayahmu.” (HR Bukhari)

Ibu, aku banyak berhutang kepadamu. Aku tak tahu harus memulai dari mana. Ya Rabb bantulah aku dan bimbinglah aku agar aku tergolong ke dalam hamba-hamba-MU yang sholeha yang mampu memuliakan dan membahagiakan ibu dan ayahku dan jadikanlah surga sebagai kampung akherat kami, aamiin Allohumma aamiin.

Dalam usianya yang semakin senja, semoga ALLOH SWT selalu memberikan kenikmatan iman, Islam dan sehat kepadamu ibu dan juga ayahku. Kebahagiaan dunia dan akherat yang selalu menyertaimu, limpahan Rahman dan Rahim-NYA yang selalu bersamamu serta keberkahan dalam hidup yang selalu tercurah untukmu, ibu dan ayahku. Cinta dan do’a kami (anak-anakmu) selalu menyertaimu.

“Rabbigh-firlii wa liwaa lidayya war-ham-humaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”.
Artinya : Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku, sayangilah mereka sebagaimana mereka telah menyayangiku dan memeliharaku di waktu kecilku.

Wallohua’lam bishshowaab.