Zaman ini yakni zaman millinium ini ramai pasangan yang rumah tangga nya tidak bertahan lama. Kadang-kadang ada yang tidak sampai setahun. Berbanding dengan zaman ibu bapa kita yakni zaman dimana mereka berkahwin sebelum Merdeka dulu.
Cerita ibu bapa ku, bahwa zaman itu pasangan kebanyakannya tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum kahwin apatah lagi bercinta. Perkahwinan mereka biasanya diatur oleh orang tua-tua dan pasangan hanya mengenali antara satu sama lain hanya selepas kahwin. Selepas kahwinlah cinta dan kasih sayang berputik dan terus mekar subur walau sesudah tiada lagi salah sesaorang dari nya.
Namun mungkin perkahwinan saperti itu tidak dapat lagi diterima oleh anak-anak kita kerana pada mereka ianya sudah ketinggalan zaman. Zaman ini anak muda berkenalan dulu sebelum kahwin malah ada yang sudah sampai melampaui batas sebelum kahwin. Sungguh pun banyak faktor lain yang menyumbang kepada kerukunan atau keruntuhan rumah tangga
tetapi perkenalan sebelum kahwin yang melampaui batas itulah yang menjadi antara faktor keruntuhan rumah tangga.
Antara nikmat berumah tangga adalah malam pertama. Malam pertama bersama dengan isteri atau suami yang halal yang tidak ada rasa takut dan risau. Masing-masing merasa bebas dan gementar untuk mengalami suatu pengalaman baru dalam hidup. Pengalaman Malam Pertama ini adalah benih kasih sayang yang ditanam secara suci lagi halal yang akan memupuk dan menumbuh kepada kasih sayang yang teranyam rapi dan tidak akan tercarik walau sedikitpun biar dihiris oleh pisau yang tajam.
Inilah bezanya dengan perkahwinan yang pasangan telah ketelanjuran sebelum kahwin. Nikmat Malam Pertama itu hanya dapat dirasai hanya sekali dalam setiap kehidupan sesaorang. Biar telah berkali-kali sesaorang itu berkahwin namun malam pertama yang pertama tidak sekali-kali akan sama. Ketalanjuran itulah faktor yang menyebabkan rumah tangga menjadi tidak kukuh dan terumbang-ambing. Nikmat malam pertama bagi pasangan ini adalah hambar kerana ianya bukan lagi malam pertama. Segala-galanya adalah biasa. Benih kasih sayang ditanam dengan cara yang gelojoh, tidak suci dan tidak terjaga dengan baik yang akhirnya menyebabkan rumahtangga senantiasa menjadi goyah dan mudah runtuh.
Dizaman ini ketelanjuran pasangan belum kahwin tidak lagi menjadi perhatian penting. Ianya kadang-kadang dianggap perkara biasa oleh ibu bapa dan seolah-olah tidak berdosa disisi agama, terutama bagi ibu bapa dan anak-anak yang tinggal di kota-kota metropolitan. Ini lah suatu fenomena yang sedang melanda ibu bapa yang bertaqkwa kepada Allah swt iaitu kebimbangan tentang anak-anak mereka yang senantiasa terdedah kepada pergaulan anak-anak perempuan dan lelaki yang boleh bila-bila masa menjerumuskan mereka kelembah zina.
Inilah zaman dimana zina bukan lagi suatu perbuatan yang mesti ditakuti dan digeruni malah ianya telah menjadi suatu amalan yang diterima sebagai biasa. Keadaan inilah yang menjadi kengerian kepada setiap ibu bapa yang beriman. Selain dari itu setelah kita mendidik dan memberi tunjuk ajar mana yang terdaya, maka kita serahkan mereka kepada perlindungan Allah swt dari hal-hal maksiat yang sedemikian. Mudah-mudahan kehidupan mereka akan bahgia dan sempurna didunia dan juga akhirat.
Sebagai panduan laksanakanlah solat hajat berikut yang dikutip dari Kitab Mafatihul Jinan, Bab 2 Halaman 215, sebagai suatu usaha memohon perlindungan dari Allah swt keatas anak-anak kita.
Shalat ini adalah salah satu bagian dari shalat hajat. Dengan shalat ini diharapkan anak kita menjadi anak yang shaleh dan baik, patuh dan berbakti pada orang tua, sukses dan bahagia di dunia dan akhirat. Shalat ini dilakukan oleh orang tua untuk anaknya, empat rakaat dua kali salam:
Rakaat pertama: membaca Surat Fatihah, dan Surat Al-Baqarah ayat 128 (10 kali) yaitu:
Rabbanâ waj’alnâ muslimayni laka wa min dzurriyyatanâ ummatan muslima-tan laka, wa arinâ manâsikanâ wa tub ‘alayna innaka Antat Tawwâbur Rahîm.
Ya Tuhan kami, jadikan kami berdua orang yang patuh kepada-Mu; jadikan keturunan kami ummat yang patuh kepada-Mu; tunjuk-kan kepada kami tempat-tempat ibadah haji kami; dan terimalah taubat kami, sesung-guhnya Engkau Yang Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang.
Rakaat kedua: membaca Surat Fatihah, dan Surat Ibrahim Ayat 40-41 (10 kali) yaitu:
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ -40
رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لِى وَلِوَٲلِدَىَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ يَوۡمَ يَقُومُ ٱلۡحِسَابُ -41
Rabbij’alnî muqîmash shalâti wa min dzurriyyatî, Rabbanâ wa taqabbal du’â’. Rabbanaghfirlî wa li-wâlidayya wa lil-mu’minîna yawma yaqûmul hisâb.
Ya Tuhaku, jadikan aku dan keturunanku orang-orang yang tetap mendirikan shalat; ya Tuhan kami terimalah doaku.Ya Tuhan kami, ampuni aku dan kedua orang tuaku serta orang-orang mukmin pada hari terja-dinya hisab (hari kiamat).
Rakaat pertama dalam shalat yang kedua: membaca Surat Fatihah, dan Surat Al-Furqan Ayat 74 (10 kali) yaitu:
Rabbanâ hab lanâ min azwâjinâ wa dzurriyyatinâ qurrata a’yunin waj-’alnâ lil-muttaqîna imâmâ.
Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74)
Rakaat kedua dalam shalat yang kedua: membaca Surat fatihah, dan Surat Al-Ahqaf ayat 15 (10 kali) yaitu:
Rabbi awzi’nî an asykura ni’mata-kal latî an’amta ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya wa an a’mala shâlihan tardhâhu, wa ashlih-lî fî dzurriyyatî, innî tubtu ilayka wa innî minal muslimîn.
Ya Tuhanku, tunjuki aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Kau berikan padaku dan pada kedua orang tuaku, dan supaya aku dapat beramal shaleh yang Engkau ridhai; anugerahi aku kebaikan dengan (memberi kebaikan) kepada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
Setelah salam membaca doa berikut 10 kali:
رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا
Rabbanâ hab lanâ min azwâjinâ wa dzurriyyatinâ qurrata a’yun waj’alnâ lil-muttaqîna imâmâ.
Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74).
Kitab Mafâtihul Jinân, bab 2, halaman 215.